Blog Apiz2u
Blog Petua dan Produk Perniagaan Internet dan Dunia Guaman

Dunia Guaman

Ye, mungkin anda telah membaca post dan soalan saya sebelum ni. Jawapannya adalah ye dan juga tidak. Macam mana ni yek, ye dan tidak? Biasalah kalau namanya cerita/drama/filem, dah tentu ianya akan dibuat untuk menjadi lebih dramatik. Jadi apabila kita tengok cerita tu, mesti kita akan rasa tertarik. Macam contoh siri CSI kat tv tu, kalau kita tengok semua kes dapat je diselesaikan dan bukti-bukti semuanya akan dijumpai jugak akhirnya, betul tak?

So, kalau dibandingkan realiti dunia peguam atau guaman ni, tidaklah sama semuanya seperti yang digambarkan dalam cite Sadiq & Co tu. Saya jadi peguam ni pun baru je nak masuk tiga tahun, sebelum ni saya bekerja di Lembah Klang, tapi sekarang dah berpindah ikut wife keja kat Perlis.

Cite pasal bisnes internet ni plak atau perniagaan internet atau buat duit dengan internet, saya kira baru lagi berkecimpung, newbies lagi bak omputih kata.Jadi saya nak kongsi dengan anda dan anda juga boleh dan dialu-alukan kongsi petua ata tips dengan saya di blog ni.

Pasal masalah berkaitan guaman atau undang-undang pun boleh juga, mana yang saya boleh tolong bagi nasihat, saya akan cuba, sebab kalau nak tau, biasanya peguam ni bukan tau semua bidang undang-undang, masing-masing ada expertise atau kepakaran sendiri. Saya bagitau kat anda, awal-awal, masalah jenayah bukanlah bidang saya.Saya akan ulas lagi topik kepakaran ni lain kali.

Mungkin anda yang membaca di blog saya ni, akan perasan saya tak guna sangat bahasa BM yang skema, sebab bagi saya, saya lebih selesa macam ni, yela kalau saya guna ayat-ayat bombastik dan ditambah lagi dengan “term” undang-undang yang anda jarang dengar, lagi le poning kan.

bannersmall2.gif

Advertisements

No Responses to “Dunia Guaman”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: