Blog Apiz2u
Blog Petua dan Produk Perniagaan Internet dan Dunia Guaman

Mar
06

unlock-iphone-selangor-cheap.gifAgak lama tak update blog ni, saya dah beli domain dan hosting sekali, so lepas ni saya akan lebih bertumpu di web/blog saya http://hapizrajali.com. Sekarang tengah setup lagi web saya ni. jadi sebelum tu saya nak bagitau pada anda yang memang suker giler atau memang teringin sangat nak beli atau memiliki IPHONE, saya ada offer baik punyer, tak tipu nyer.setakat ni memang diakui ini antara harga yang termurah di Malaysia. Bak kata omputih, “Let’s the price do the talking.””Klik kat gambar bawah ni:

phone_hero20071019.png

Advertisements
Feb
26

Apakah makna KEJAYAAN atau SUCCESS bagi anda? Ye anda akan jawab ianya subjektif kerana ia bergantung pada camner seseorang itu menilai makna kejayaan. Tapi yang penting ianya begitu diinginkan oleh semua orang. Yelah sapa tak nak berjaya contohnya berjaya dalam karier, berjaya dalam hidup, berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam percintaan.

Bila kita nak atau mahu mendekati kejaayan, maka kejayaan pun akan dekat dengan kita macam tagline tv9 tu “Dekat di hati” . Maksudnya kalau nak berjaya, kena ler mengikuti jalan menuju ke arah kejayaan tadi dan berusaha untuk sampai ke arah yang dituju. Contoh macam kita nak pegi ke Gombak, kita boleh pilih untuk naik bas atau LRT atau teksi atau naik kenderaan sendiri. Persoalannya kalau kita hanya cakap pada kawan kita “aku nak pegi ke Gombak ni” tapi kita masih disitu dan takder usaha nak pergi, sampai bile pun kita takkan sampai ke destinasi. Jadi contoh kalau kita naik bas, lambat atau cepat kita tetap akan sampai ke destinasi. Jadi Ilmu + Usaha + Tawakkal = Kejayaan. Ilmu=kita tau jalan nak ke Gombak dan nak naik apa ke sana. Usaha=naik kenderaan sendiri atau naik bas. Tawakkal(bagi org Islam) kita berdoa moga selamat sampai ke sana.

Cuba baca dan fahamkan cite ni:

Motivation Story : The Secret Of Success
There was once a boy who wanted to seek the secret of success. One day he approached a wise man living up in the mountain. When he found the wise man at the hut, he asked, “Wise man, can you tell me the secret to becoming successful in life?” The wise man was silent for a while. After a moment of silence, the wise man led the young lad to a nearby river. They kept walking into the river until the boy’s head was fully submerged in the water. The boy struggled to keep his head above the water. To his astonishment, the wise man did not help him. Instead, the wise man held the boy’s head in the water. After a few minutes the wise man pulled the boy out of the water and they proceeded to walk back to the hut. At the hut the wise man asked the young boy what he desired most when his head was submerged in the water. To this the young boy quickly responded, “Of course, I wanted to breath, you old fool!” To which the wise man replied, “Son, if you desire success as much as you wanted to breath, then you would have found the true secret of success.” (diambil dari mobile.prepaid4u.net)

Anda dah faham?

Jadi dalam perniagaan internet ni, untuk newbies macam saya ni dan mungkin juga anda yang baru nak berjinak-jinak, kita kena dapatkan ilmu dahulu tentang perniagaan internet,pastu dah faham kena ler usaha dan BERTINDAK ke arah mana yang kita nak tuju.

boxsmall.jpg

Feb
24

Saya ingin sembang pasal topik perniagaan internet khusus untuk newbies mcm saya ni pada kali ni. Kalau anda lihat di bahagian kanan/right sidebar blog saya ni, anda akan lihat button mengenai Kempen Celik Internet dengan mengatakan “Kami benci Skim Cepat Kaya dan Pelaburan haram”. Inilah yang perkara yang patut kita semua tau dahulu sebelum menceburi atau memasuki bidang perniagaan internet ni atau nak buat duit di internet.Anda boleh klik di link tersebut untuk membaca apa yang yang terdapat dalam kempen ni.Semuanya Skim dan pelaburan yang telah banyak menipu ramai orang ini dibongkarkan.

Saya juga ingin kongsikan dengan anda satu lagi Free report tentang Pembohongan dan Penipuan di Internet ni, iaitu saudara Amirul Faisyal telah membuat report 5 Pembohongan di Internet yang patut kita ketahui. Anda boleh download Free report ni di link bawah. Semoga kita semua tidak akan terjebak dengan mana -mana skim dan apa jua program pelaburan yang sememangnya menipu.

5 material

http://simurl.com/material

Feb
22

Alangkah bagus dan bangganya kalau gambar saya memang dimuatkan di Majalah Time, apatah lagi di muka depan! Anda pun tentu teringin kan? Tengah saya melayari internet tadi, saya terjumpa satu website untuk upload gambar kita untuk jadi cover majalah-majalah terkenal, so saya pun nak give it a try.so inilah hasilnya, not bad.Bile plak malaysia nak buat servis macam ni, walaupun bukannya di alam realiti, kat dalam internet pun jadi ler… Anda boleh try kat link di bawah ni.

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Subscribe to Time Magazine at an 86% discount!

Feb
16

Ye, mungkin anda telah membaca post dan soalan saya sebelum ni. Jawapannya adalah ye dan juga tidak. Macam mana ni yek, ye dan tidak? Biasalah kalau namanya cerita/drama/filem, dah tentu ianya akan dibuat untuk menjadi lebih dramatik. Jadi apabila kita tengok cerita tu, mesti kita akan rasa tertarik. Macam contoh siri CSI kat tv tu, kalau kita tengok semua kes dapat je diselesaikan dan bukti-bukti semuanya akan dijumpai jugak akhirnya, betul tak?

So, kalau dibandingkan realiti dunia peguam atau guaman ni, tidaklah sama semuanya seperti yang digambarkan dalam cite Sadiq & Co tu. Saya jadi peguam ni pun baru je nak masuk tiga tahun, sebelum ni saya bekerja di Lembah Klang, tapi sekarang dah berpindah ikut wife keja kat Perlis.

Cite pasal bisnes internet ni plak atau perniagaan internet atau buat duit dengan internet, saya kira baru lagi berkecimpung, newbies lagi bak omputih kata.Jadi saya nak kongsi dengan anda dan anda juga boleh dan dialu-alukan kongsi petua ata tips dengan saya di blog ni.

Pasal masalah berkaitan guaman atau undang-undang pun boleh juga, mana yang saya boleh tolong bagi nasihat, saya akan cuba, sebab kalau nak tau, biasanya peguam ni bukan tau semua bidang undang-undang, masing-masing ada expertise atau kepakaran sendiri. Saya bagitau kat anda, awal-awal, masalah jenayah bukanlah bidang saya.Saya akan ulas lagi topik kepakaran ni lain kali.

Mungkin anda yang membaca di blog saya ni, akan perasan saya tak guna sangat bahasa BM yang skema, sebab bagi saya, saya lebih selesa macam ni, yela kalau saya guna ayat-ayat bombastik dan ditambah lagi dengan “term” undang-undang yang anda jarang dengar, lagi le poning kan.

bannersmall2.gif

Feb
14

Anda pernah tengok citer ni? Kalau pernah, sekarang citer ni dah habis dah untuk season 1, 13 episod. Kalau yang tak pernah tengok, citer Sadiq & Co ni ditayangkan kat NTV7 pada setiap Jumaat, 8.30 mlm. Ni teaser citer ni sebelum ia ditayangkan kat NTV7

Berbalik pada soalan saya di atas atau tajuk post ni, jawapannya ye dan tidak.

Anda rasa bagaimana? Saya akan sambung kemudian.